Nuff Adds

07 September 2011

Coklat Tahan Panas?

Rakyat Malaysia sukakan benda manis, termasuklah coklat. Satu isu yang timbul, coklat ini akan cair pada suhu yang sama dengan persekitaran tropika di Malaysia. Setakat ini, coklat yang dijual dalam negara adalah yang diimport mahupun buatan tempatan.


Choco Cubes tidak terlepas daripada isu yang sama. Didapati Choco Cube akan cair pada suhu 31-32 Celcius. Sekiranya tidak diletakkan di dalam tempat sejuk secepat mungkin, Choco Cube akan sedikit cair dan berderai apabila jatuh/digoncang.


Mungkin berlaku sedikit pengubahsuaian terhadap resipi Choco Cube supaya tahan panas tanpa menjejaskan rasa sensasinya. Bahan tambahan yang akan digunakan akan dimaklumkan bagi mengelak alergi.

No comments:

Post a Comment

Choco Comments Here...